Saturday, March 5, 2011

SHAUN MODELS MANAGEMENT SOFT LAUNCH HITEA 2011. March 5, 2011. Diari PAGEANTIsland.

Saya adalah "the angry man of Malaysian fashion industry!". Itulah ungkapan pertama yang beliau ucapkan apabila saya bertanya siapakah Shaun Salim dalam industri peragaan Malaysia. "Memang saya cerewet tetapi cerewet saya adalah untuk mendapatkan yang terbaik serta untuk kebaikan industri peragaan tanahair...".

Shaun Salim, pengasas Shaun Models Management.

Saya telah dijemput ke majlis pelancaran Models Management beliau pada 5 Mac, 2011 di pejabat beliau di Ampang. Majlis pelancaran adalah sederhana tetapi lancar. Antara undangan yang hadir adalah Kee Hua Chee, iaitu wartawan selebriti terkenal tanahair. Beberapa artis terkenal yang telah dijemput walau bagaimanapun tidak dapat hadir kerana berada di luar Kuala Lumpur menjalani pengambaran drama dan filem.

Shaun bersama para peragawati beliau sebelum bermulanya pertunjukan fesyen sesi pertama.

Raj Aria adalah pengacara undangan majlis. Raj Aria yang saya kenali adalah seorang rakan yang sangat "sporting" tidak kiralah sesuatu majlis tersebut low key atau sebaliknya, beliau akan datang memberikan  sokongan.

Shaun Salim memberikan ucapan pembukaan majlis.

Shaun Salim dan Kee Hua Chee memotong reben menandakan pelancaran pejabat urusan Shaun Models Management.

Antara para tetamu yang hadir memeriahkan majlis.

Pertunjukan fesyen juga diadakan untuk majlis ini. Berikut adalah gambar-gambar pertunjukan fesyen sesi pertama.




 Model di atas yang berasal dari India ini berketinggian lebih kurang 6"0'.

 Model yang beraal dari Mongolia ini pula pandai bertutur bahasa Melayu.



Penyanyi undangan pada majlis ini ialah Aesar Mustafa yang terkenal dengan lagu beliau Satu Cinta. Kebanyakan lagu perlu didengar berulang kali barulah kita dapat "tangkap" rasa sedapnya tetapi lagu Satu Cinta ini betul-betul "catchy", sekali dengar terus saya minat.


Aesar dan Shaun Salim. Aesar adalah artis serba boleh kerana beliau mahir dalam nyanyian selain berbakat dalam lakonan, mahir mencipta lagu dan juga pereka tari yang amat berbakat.

Pertunjukan fesyen sesi kedua.
i







Ah!, seperti biasa, ini adalah saya (penulis). Teringin juga untuk mengabadikan kenangan menghadiri majlis yang "one of a kind" serta meriah ini. Makanan pun banyak disediakan oleh Shaun so perut tetamu memang kenyang. Ada artis yang katanya tengah berdiet pun, eh?!, banyak makan nampak?, tak perlulah saya nyatakan di sini siapa artis diet yang makan banyak tu, hehe.

Sedikit info mengenai Shaun Models Management terletak di 3-d, 4th floor, Wisma Ampang Triangle 1, Jalan Mamanda 7/1 68000, Ampang Selangor(bersebelahan Ampang Point) atau boleh melayari http://www.facebook.com/pages/Shaun-Model-Management/102886943092116?sk=wall untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shaun Models Management.

Kepada mr Shaun, saya mengucapkan tahniah ke atas perasmian pengurusan baru anda, semoga berjaya di masa hadapan serta terima kasih tidak terhingga kerana menjemput saya ke majlis anda. Terima kasih.